AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Saturday, January 30, 2010

TINDAKAN PANTAS YB MOHD. TAJUDDIN DAN UMNO BAHAGIAN SIK

Dari Utusan Malaysia:

Khatijah mangsa kebakaran lega dapat rumah baru


MOHD. TAJUDDIN Abdullah (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Khatijah Shaari setelah rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah, kelmarin.


SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat hasil sumbangan orang ramai yang prihatin.
Jika semalam, Khatijah Shaari, 56, dan anak-anaknya, Mohd. Hizwan Osman, 22, Nurul Izati, 21, dan Mohd. Haris, 16, kelihatan sugul dan murung, hari ini keriangan terpancar di wajah mereka.
Lebih menggembirakan, empat beranak itu kini dapat menarik nafas lega apabila Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) bersetuju membina rumah baru kepada mereka dalam tempoh terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek, Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, rumah baru bernilai RM33,000 itu diluluskan melalui peruntukan khas Kerajaan Persekutuan hasil lawatannya dan beberapa pegawai agensi di tempat kejadian semalam.
"Kita mengambil tindakan serta-merta selepas mendapat tahu musibah yang menghadapi keluarga ini. Rumah baru ini akan dibina di tapak asal.
"Selain kelulusan membina rumah, UMNO Bahagian Sik dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghulurkan bantuan daripada segi makanan, tempat tinggal sementara dan kewangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi semalam, suami kepada Khatijah bertindak membakar rumahnya sendiri serta lima buah kereta dan dua motosikal jirannya selepas dikatakan mengalami tekanan emosi.
Lelaki berusia 57 tahun tersebut turut mengamuk dengan menggunakan parang selain cuba mencederakan dua orang anaknya.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semasa kejadian Khatijah dan anak-anak pasangan itu sempat melarikan diri.
Mohd. Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik berkata, pihaknya akan meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan tanpa mengambil kira latar belakang politik, agama dan kaum di kawasan tersebut.
"Mana-mana pihak yang menghadapi kesulitan, bolehlah menghubungi saya ataupun pemimpin masyarakat setempat. Kita akan membantu sedaya upaya," katanya.
Sementara itu, Khatijah ketika ditemui pemberita berkata, dia bersyukur kerana Mohd. Tajudin dan Keda sudi memberi peruntukan bagi menggantikan rumah asalnya itu.
"Selepas kejadian semalam, saya berasa amat buntu kerana tidak pasti di mana akan tinggal.
"Namun selepas perkara ini dibawa kepada Mohd. Tajudin dan dipanjangkan kepada Keda, ia diluluskan dengan segera.
"Saya kini boleh menarik nafas lega kerana ada pemimpin yang sudi buat rumah baru ini," katanya.

Dari Keratan Akhbar I

 



Di petik dari Kosmo.

 

Pemimpin sertai kursus isu semasa


SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti kursus kepimpinan di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.



BINCANG. Seramai 180 pemimpin UMNO Bahagian Sik mengikuti kursus kepimpinan selama sehari di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Program anjuran Biro Latihan UMNO bahagian itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Pengerusi biro itu, Mohd. Hasri Mohd. Hadzir berkata, program tersebut antara lain mendedahkan peserta dengan pelbagai isu semasa selain taklimat daripada beberapa agensi pembangunan.
"Apabila pemimpin masyarakat mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam, mereka berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik dan penduduk kampung tentu gembira dengan pelbagai kemajuan yang diperoleh," katanya.

Thursday, January 28, 2010

KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT

Pada 9hb Januari 2010 yang lalu, Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sik telah turut serta bersama-sama rakyat jelata menyertai pelancaran secara rasmi Kempen UMNO Juara Rakyat peringkat Kebangsaan oleh Presiden UMNO Malaysia, YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia. 

























Tuesday, January 26, 2010

Mereka itu 'Firaun Kecil'...saya sedia tinggalkan parti kata Zul Nordin







Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun Kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sehubungan itu beliau menegaskan, jika sampai kepada peringkat beliau perlu keluar parti dalam mempertahankan kalimah suci Allah, beliau sedia berbuat demikian.

“Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah.

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad kerana menyifatkan ia adalah perbezaan pendapat tetapi saya tegaskan kepadanya, kenyataan Khalid bukan perbezaan pendapat tetapi penghinaan kepaa Islam.

“Dalam soal Zaid Ibrahim yang mahu saya dipecat dari parti, saya tidak berminat melayan politikus hinggusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia tentang hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud.

“Selepas itu PAS perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan soal Islam ini,” jelasnya panjang lebar.

Beliau menyatakan demikian kepada Agendadaily Isnin ketika diminta mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Anwar, Khalid dan Zaid berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid dalam isu kalimah Allah.

Khalid dalam kenyataanya mempersoalkan kenapa Zulkifli menyamannya kerana pendiriannya sama dengan Anwar. Manakala Anwar pula menyifatkan Zulkifli sudah cross the line dan Zaid pula mahukan parti memecat Zulkifli sebagai ahli PKR.

Mengulas mengenai semua perkara itu, Zulkifli berkata, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa meninggalkan parti.

Ditanya adakah beliau ada berhubung dengan Anwar, beliau mengakui Anwar ada menghubunginya dan meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan menarik balik laporan polis terhadap Khalid.

“Saya juga hairan kenapa Anwar sebagai seorang yang mempunyai imej Islam yang kuat menyokong Kristian. Kita tahu ada dua pendapat berbeza dalam isu ini, ada ulama luar yang menyifatkan tidak salah agama lain guna kalimah Allah tetapi ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

“Saya harapkan Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau menyokong pihak Kristian. Tapi itu saya boleh terima sebagai perbezaan pendapat. Tetapi kenyataan Khalid yang menyatakan enakmen Islam Selangor sudah ketinggalan zaman, bagi saya adalah satu penghinaan.

“Dalam soal kalimah Allah Khalid sudah tidak bertamaddun, keluar batas perbahasan. Dia hina Islam, hina sistem perundangan, hina Sultan, bagi saya dia biadap.

“Anwar minta saya tarik balik laporan polis, saya kata boleh jika Khalid memohon maaf kepada umat Islam dan kepada Sultan Selangor,” ujarnya panjang lebar. – 25/1/2010

Sunday, January 24, 2010

Bengkel Kepimpinan UMNO Bahagian Sik


Bahagian UMNO Sik yang dipimpin oleh Ketua Bahagiannya yang juga merangkap ADUN Belantik, YB Encik Tajudin bin Abdullah telah mendahului lain-lain bahagian UMNO dalam Negeri Kedah menganjurkan Bengkel ini sebagai menyahut cabaran rakyat yang mahu melihat perubahan dalam corak dan gaya kepimpinan UMNO yang dilihat sebelum ini seolah-olah hilang arahnya sehingga 'kecundang' semasa PRU yang ke 12 lalu.

Bengkel ini begitu signifikan sekali bagi UMNO Bahagian Sik dalam menyahut seruan untuk perubahan. Atas inisiatif pantas oleh Ketua Bahagiannya, maka Bengkel ini segera dizahirkan sebagai batu aras UMNO Bahagian Sik untuk melihat Ketua-Ketua Cawangan dan sayap-sayapnya peka dengan apa yang dimahukan oleh rakyat dan ahlinya sesuai dengan slogan JUARA RAKYAT disamping meneruskan agenda 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN seperti yang digariskan oloeh YAB Presiden Parti, Dato' Seri najib Tun Abdul Razak.

Bengkel selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 184 orang ahli yang terdiri dari pemipin-pemimpin akar umbi dari seluruh cawangan-cawangan dalam UMNO Bahagian Sik. Bengkel ini diuruselia oleh Biro Latihan UMNO Bahagian Sik yang di pengerusikan oleh Encik Mohd Asri Mohd Hadzir dengan memuaskan. Walaupun terdapat sedikt kekurangan, namun kejayaan yang dicapai tidak boleh dinafikan. Ilmu yang dihidangkan sepanjang bengkel diharap dapat dicerap dengan sebaik mungkin oleh ahli-ahli yang hadir untuk dibawa pulang kecawangan dan kampung masing-masing agar dapat dipraktikkan bertepatan dengan hasrat Ketua Bahagian UMNO Sik sendiri.

Bengkel selama dua hari ini juga begitu istimewa apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sudi untuk merasmikannya pada malam pertama bengkel iaitu pada 22hb Januari 2010. Serentak dengan itu juga, beliau telah sudi untuk merasmikan dua blog dengan serentak, iaitu blog Ketua Bahagian UMNO Sik yang telah mencecah 2,484 semenjak dilancarkan pada 20/10/2009 yang lalu, bermakna blog yang baru berusia tiga bulan ini telah menerima kunjungan yang menggalakkan termasuklah anak-anak Sik yang berada di luar negara. Di atas sambutan itu, maka Ketua Bahagian Sik telah mengambil inisiatif untuk melancarkan blog yang kedua iaitu blog UMNO Bahagian Sik pada 20/01/2010, tepat tiga bulan selepas pelancaran blog beliau bagi tujuan mengisi aktiviti-aktiviti kesemua biro-biro yang ada dengan tujuan untuk mewar-warkan setiap kegiatan UMNO Bahagian Sik kepada rakyat Sik khasnya dan seluruh Malaysia khasnya begitu juga dengan seluruh dunia selagi internet boleh diakses! Beliau berharap agar keujudan blog beliau dan blog rasmi UMNO Bahagian Sik segera diwar-warkan oleh ahli-ahli yang yang hadir kepada lain-lain ahli.

HARI PERTAMA































Thursday, January 21, 2010

RIMBA TAQWA - PERANGIN

The Perangin Sik area is located just north of Sik. It is the first of the recreation parks established in Kedah, in 1967. Locally also know as Rimba Taqwa. There is a small cascade








Hutan Lipur Lata Mengkuang


Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarpa Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Sebatang sungai yang dinamakan Sungai Chepir yang merentasi hutan lipur ini mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda. Berhampiran kawasan ini, terdapat air terjun setinggi 20 meter yang sangat menarik serta terdapat juga batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Terdapat denai hutan yang menghubungkan ke Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.




Lokasi: Sik, Kedah


Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835

Terletak 11 dari Bandar Sik, 95 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya
Untuk sampai ke sini:
Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Sik.
Aktiviti/Kemudahan:
  • Bersiar
  • Berenang
  • Berkemah
  • Mendaki gunung
  • Berkhemah

HUTAN LIPUR LATA LEMBU

HUTAN LIPUR LATA LEMBU
Kulat
Lokasi:
Kompartmen 72 Hutan Simpan Rimba Teloi.
16 km dari Pekan Sik atau 95 km dari Alor Setar.

Boleh dihubungi dengan jalan raya
Jenis Hutan:
Hutan Dipterokarpa Bukit
Ketinggian : 400 – 500 m a.p.l
Menakjubkan...
Ciri-ciri istimewa:
Air terjun Lata Lembu setinggi 30 m dengan keunikan batu batannya sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.
Menurut lagenda, hutan lipur ini mendapat namanya sempena batu besar yang menyerupai lembu pada bahagian bawah air terjun
Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa bukit.
Untuk ke hutan lipur ini, pengunjung perlu memulakan perjalanan dari Hutan Lipur Lata Mengkuang melalui denai hutan sepanjang 5 km.
Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah "summer camp", menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.
Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea lepidota) dan meranti tembaga.

SIK SEPINTAS LALU

Sik merupakan bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Perkataan "Sik" berasal daripada perkataan "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat petani Kelantan, ia berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Mubaligh-mubaligh Arab yang menbuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.


Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara. Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah".
Antara Hutan Lipur dan Hutan Rekreasi yang popular di daerah ini ialah:

Wednesday, January 20, 2010

20 hb Januari 2010: Keujudan blog UMNO Bahagian Sik!


Hari ini, ketika jam menunjukkan 4.55 petang maka siaplah satu blog untuk memperlihatkan kepada rakyat Sik terutamanya dan Malaysia amnya mengenai aktiviti-aktiviti UMNO Bahagian Sik supaya jelas kepada mereka siapa sebenarnya JUARA RAKYAT!!!!