AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Sunday, February 14, 2010

MELAWAT SEMULA JENAZAH KEMALANGAN

Setelah selesai melawat kepremis-premis rakyat Sik berketurunan Tionghua, YB Mohd Tajuddin dan beberapa orang AJK UMNO Bahagian Sik telah kembali semula ke Hospital Sik untuk memastikan jenazah korban kemalangan pada sebelah pagi tadi telahpun sempurna diuruskan oleh pihak berkenaan.



Lewat pukul 4 petang, ketiga-tiga jenazah telah selamat di urus dengan sempurna oleh pihak Hospital Sik dan telah di hantar pulang dengan van jenazah yang telah YB Mohd Tajudin uruskan.



Ketiga-tiga jenazah tadi telah di tuntut oleh keluarga masing-masing untuk di sempurnakan.


Saturday, February 13, 2010

KEMALANGAN NGERI YANG MERAGUT TIGA NYAWA






YB Mohd Tajudin sepatutnya memulakan tugas hari ini dengan meraikan rakyat Sik berketurunan Tionghua seawal jam sembilan pagi telah menundakan tugasan ini demi untuk melawat korban kemalangan di hospital Sik di samping menguruskan pengkebumian mangsa-mangsa.  Setelah selesai menguruskan kelengkapan kepada ketiga-tiga jenazah seperti kain kapan, van jenazah dan backhoe untuk menggali lahat bersama-sama Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Sik  Azmi Morat barulah beliau meneruskan rancangan yang telah di aturkan sebelumnya.





Kemalangan ngeri yang berlaku berhampiran Melati Desa itu benar-benar menyayat hati dan di luar jangkaan saya.  Sebelum itu saya juga telah sempat berhenti di tempat kemalangan untuk melihat sendiri keadaan kenderaan mereka dan juga untuk mendapatkan maklumat sahih dari pihak polis yang masih berada di kawasan kemalangan ketika ketibaan saya.


Sesungguhnya kemalangan dimusim perayaan adalah satu situasi yang seboleh mungkin semua kita ingin mengelaknya.  Namun kita juga tidak boleh menolak ketentuan Allah....Alfatihah kepada ketiga-tiga korban.

Monday, February 8, 2010

SEPUTAR LAWATAN BERSAMA UMNO BAHAGIAN SIK DAN YB DATO' IR IDRIS HARON

UMNO Bahagian Sik berasa amat berbesar hati dan begitu berterima kasih di atas kesudian Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu, Melaka merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, iaitu YB Dato' Ir Idris Haron kerana sudi menjadi tetamu istimewa rakyat Sik dalam siri kempen UMNO Juara Rakyat peringkat Bahagian Sik.  Beliau adalah bapa angkat bagi Parlimen Sik serta pemantau bagi UMNO Bahagian Sik.

 Bersesuaian dengan suasana kehidupan majoriti rakyat Sik yang masih mengekalkan ciri kehidupan ala kampong, maka pengisian agenda program ini lebih menjurus kepada aktiviti yang dekat dengan penghidupan rakyat Sik yang kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah iaitu satu kerjaya tradisi semenjak pokok getah di bawa untuk di tanam diMalaysia.

 Selepas sembahyang Maghrib di Masjid Kampong Tupai program yang sepatutnya 
berlangsung di padang telah berpindah ke Dewan Orang Ramai.

 Hujan turun dengan lebat ketika program meninjau kampong
pada sebelah malam




Sedang mengadap jamuan ringkas di rumah Ketua Cawangan Kampong Tupai
 Dan program gebang-gebang kampong di adakan sehingga ke awwal pagi untuk mendengar sendiri segala keluhan rakyat di sekitar Sik.
 Baru selesai 'MENYOGHOK' ala kampong.
 Seawal pagi kami telah bergerak untuk mendampingi rakyat  bagi memberikan perkhidmatan
terbaik kepada rakyat. 
 Sik bertuah kerana mempunyai Ketua Bahagianyang konsisten dalam aktiviti mendekati
dan membantu rakyat Sik dan ditambah lagi kekuatan jentera UMNO Bahagian
Sik dengan adanya seorang doktor yang menjadi timbalannya, iaitu Doktor Mansor
yang juga seperti YB Tajuddin tidak pernah kekok untuk mendekati rakyat.



Malah dimensi kepimpinan UMNO Bahagian Sik di lihat begitu teguh dengan
adanya Saudara Shafardin Tan Sri Hanifah, seorang pengamal 
undang-undang sebagai Naib Ketua Bahagiannya.












KONVOI BERMOTOR UNTUK KEMPEN TAMBAH AHLI

Sunday, February 7, 2010

PELANCARAN PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT SIK

Selepas berlangsungnya secara rasm program Juara Rakyat peringkat Negeri Kedah yang telah di rasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di SMK Sanglang, dalam Parlimen Jerlun, di sebelah petang sehingga ke malamnya seluruh Bahagian-Bahagian UMNO dalam Negeri kedah melancarkan pula program yang serupa tetapi dalam skala yang kecil.

Bagi program pringkat Bahagian Sik, Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga selaku Menteri Pertahanan Malaysia telah sudi memenuhi jemputan oleh UMNO Bahagian Sik yang di ketuai oleh YB Mohd Tajudin Abdullah untuk merasmikannya.  Perasiman program ini telah di langsungkan di Dewan UMNO Sik pada pukul 4.00 petang selepas daripada lawatan DS Zahid ke Kem PLKN Rimba Taqwa.