AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Saturday, February 13, 2010

KEMALANGAN NGERI YANG MERAGUT TIGA NYAWA






YB Mohd Tajudin sepatutnya memulakan tugas hari ini dengan meraikan rakyat Sik berketurunan Tionghua seawal jam sembilan pagi telah menundakan tugasan ini demi untuk melawat korban kemalangan di hospital Sik di samping menguruskan pengkebumian mangsa-mangsa.  Setelah selesai menguruskan kelengkapan kepada ketiga-tiga jenazah seperti kain kapan, van jenazah dan backhoe untuk menggali lahat bersama-sama Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Sik  Azmi Morat barulah beliau meneruskan rancangan yang telah di aturkan sebelumnya.





Kemalangan ngeri yang berlaku berhampiran Melati Desa itu benar-benar menyayat hati dan di luar jangkaan saya.  Sebelum itu saya juga telah sempat berhenti di tempat kemalangan untuk melihat sendiri keadaan kenderaan mereka dan juga untuk mendapatkan maklumat sahih dari pihak polis yang masih berada di kawasan kemalangan ketika ketibaan saya.


Sesungguhnya kemalangan dimusim perayaan adalah satu situasi yang seboleh mungkin semua kita ingin mengelaknya.  Namun kita juga tidak boleh menolak ketentuan Allah....Alfatihah kepada ketiga-tiga korban.

Monday, February 8, 2010

SEPUTAR LAWATAN BERSAMA UMNO BAHAGIAN SIK DAN YB DATO' IR IDRIS HARON

UMNO Bahagian Sik berasa amat berbesar hati dan begitu berterima kasih di atas kesudian Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu, Melaka merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, iaitu YB Dato' Ir Idris Haron kerana sudi menjadi tetamu istimewa rakyat Sik dalam siri kempen UMNO Juara Rakyat peringkat Bahagian Sik.  Beliau adalah bapa angkat bagi Parlimen Sik serta pemantau bagi UMNO Bahagian Sik.

 Bersesuaian dengan suasana kehidupan majoriti rakyat Sik yang masih mengekalkan ciri kehidupan ala kampong, maka pengisian agenda program ini lebih menjurus kepada aktiviti yang dekat dengan penghidupan rakyat Sik yang kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah iaitu satu kerjaya tradisi semenjak pokok getah di bawa untuk di tanam diMalaysia.

 Selepas sembahyang Maghrib di Masjid Kampong Tupai program yang sepatutnya 
berlangsung di padang telah berpindah ke Dewan Orang Ramai.

 Hujan turun dengan lebat ketika program meninjau kampong
pada sebelah malam




Sedang mengadap jamuan ringkas di rumah Ketua Cawangan Kampong Tupai
 Dan program gebang-gebang kampong di adakan sehingga ke awwal pagi untuk mendengar sendiri segala keluhan rakyat di sekitar Sik.
 Baru selesai 'MENYOGHOK' ala kampong.
 Seawal pagi kami telah bergerak untuk mendampingi rakyat  bagi memberikan perkhidmatan
terbaik kepada rakyat. 
 Sik bertuah kerana mempunyai Ketua Bahagianyang konsisten dalam aktiviti mendekati
dan membantu rakyat Sik dan ditambah lagi kekuatan jentera UMNO Bahagian
Sik dengan adanya seorang doktor yang menjadi timbalannya, iaitu Doktor Mansor
yang juga seperti YB Tajuddin tidak pernah kekok untuk mendekati rakyat.



Malah dimensi kepimpinan UMNO Bahagian Sik di lihat begitu teguh dengan
adanya Saudara Shafardin Tan Sri Hanifah, seorang pengamal 
undang-undang sebagai Naib Ketua Bahagiannya.












KONVOI BERMOTOR UNTUK KEMPEN TAMBAH AHLI

Sunday, February 7, 2010

PELANCARAN PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT SIK

Selepas berlangsungnya secara rasm program Juara Rakyat peringkat Negeri Kedah yang telah di rasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di SMK Sanglang, dalam Parlimen Jerlun, di sebelah petang sehingga ke malamnya seluruh Bahagian-Bahagian UMNO dalam Negeri kedah melancarkan pula program yang serupa tetapi dalam skala yang kecil.

Bagi program pringkat Bahagian Sik, Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga selaku Menteri Pertahanan Malaysia telah sudi memenuhi jemputan oleh UMNO Bahagian Sik yang di ketuai oleh YB Mohd Tajudin Abdullah untuk merasmikannya.  Perasiman program ini telah di langsungkan di Dewan UMNO Sik pada pukul 4.00 petang selepas daripada lawatan DS Zahid ke Kem PLKN Rimba Taqwa.
















Wednesday, February 3, 2010

Muhyiddin rasmi Juara Rakyat Kedah

 

ALOR SETAR 1 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Negeri Kedah yang dijangka dihadiri 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang pada 6 Februari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad memberitahu, program selama dua hari yang bermula sehari sebelum itu merangkumi pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat, acara melibatkan wanita serta pertandingan marhaban dan berendoi.
''Sebanyak 30 gerai meliputi jualan barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan juga akan diadakan bagi memeriahkan program berkenaan di Kedah yang merupakan negeri pertama dipilih untuk menganjurkannya," kata beliau pada sidang media mengenai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.

Muhyiddin Lancar Program Juara Rakyat Kedah Sabtu Ini.

ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah Sabtu ini, mempunyai jadual padat dalam lawatan sehari di negeri ini.

Sejurus tiba pada pagi itu Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Kedah serta keempat-empat sayap Umno Bahagian Jerlun di Wisma Umno Jerlun.

Selepas itu, Muhyiddin akan merasmikan program Juara Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang (SMKS), Air Hitam, 25 kilometer dari sini.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad berkata Program Juara Rakyat yang bermula pada Jumaat akan dipenuhi dengan acara seperti sukan rakyat, pertandingan aspek wanita, marhaban dan berendoi manakala forum perdana berlangsung pada sebelah malam di tempat sama.

Sejumlah 30 gerai menjual barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan turut didirikan sepanjang program dua hari itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual mengadakan perjumpaan dengan pendidik seluruh daerah Kubang Pasu di SMKS pada sebelah petang dan kemudiannya menemui masyarakat Cina dan Siam di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kodiang, sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

Kedah lancar program jejak pengundi

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 2 Feb. - Biro Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO Kedah akan menganjurkan program jejak pengundi bagi mendaftarkan lebih 24,000 ahli UMNO di seluruh negeri ini sebagai pengundi, bermula bulan ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, program yang melibatkan semua ahli jawatankuasa peringkat bahagian itu adalah sebahagian persediaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Melalui program itu, Biro Daftar Pemilih di negeri ini akan meneliti senarai anggota yang belum berdaftar sebagai pengundi untuk dihubungi secara serta-merta bagi memastikan mereka terus didaftarkan sebagai pemilih.
"Di Kedah, kita masih ada lebih 24,000 ahli yang belum daftar. Jumlah ini termasuk ahli Pemuda dan Puteri yang sudah cukup 21 tahun dan layak mengundi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Seminar Hala Tuju UMNO Bahagian Sik dan pelancaran blog milik Ketua UMNO Bahagian Sik, Mohd. Tajuddin Abdullah di Pantai Merdeka, dekat sini baru-baru ini.
Menurut Ahmad Bashah, UMNO Kedah juga bersetuju melantik Mohd. Tajuddin sebagai Pengerusi Biro bagi memantapkan lagi kerja-kerja mendaftar pengundi tersebut.
"Mohd. Tajuddin akan bertindak menyusun strategi dan menyelaraskan semua 15 UMNO Bahagian di negeri ini bagi mempercepatkan lagi usaha mendaftar pengundi," katanya.
Beliau berkata, semua bahagian diminta supaya mendaftarkan ahlinya sebagai pengundi secepat mungkin.
"Kita tidak menetapkan tempoh, bagaimanapun perkara ini perlu dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan mereka mengundi sekiranya pilihan raya kecil atau umum diadakan pada bila-bila masa," katanya.
Sementara itu, Mohd. Tajuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek berkata, pihaknya telah menggerakkan kerja-kerja mendaftar pemilih bermula pertengahan bulan lalu.
"Buat masa ini, seramai 3,000 ahli berjaya didaftarkan sementara bakinya akan dibuat secara berperingkat," katanya.
Beliau memberitahu, setiap UMNO Bahagian juga akan mempunyai seorang pengurus daftar pemilih bagi menyemak dan mengesan ahli-ahli serta pengundi baru untuk didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam perkembangan lain, Mohd. Tajuddin berkata, pelancaran blog miliknya iaitu onesik.blogspot.com bertujuan menyebarkan maklumat berguna dan aktiviti yang dijalankan pihaknya untuk tatapan umum.
"Selain itu, blog ini juga akan menjadi platform bagi rakyat khususnya generasi muda menyalurkan sebarang permasalahan dan cadangan untuk diselesaikan saya selaku wakil rakyat dan pemimpin UMNO Bahagian Sik," katanya.