AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Sunday, January 24, 2010

Bengkel Kepimpinan UMNO Bahagian Sik

Posted on 1:43 AM by UMNO BAHAGIAN SIK


Bahagian UMNO Sik yang dipimpin oleh Ketua Bahagiannya yang juga merangkap ADUN Belantik, YB Encik Tajudin bin Abdullah telah mendahului lain-lain bahagian UMNO dalam Negeri Kedah menganjurkan Bengkel ini sebagai menyahut cabaran rakyat yang mahu melihat perubahan dalam corak dan gaya kepimpinan UMNO yang dilihat sebelum ini seolah-olah hilang arahnya sehingga 'kecundang' semasa PRU yang ke 12 lalu.

Bengkel ini begitu signifikan sekali bagi UMNO Bahagian Sik dalam menyahut seruan untuk perubahan. Atas inisiatif pantas oleh Ketua Bahagiannya, maka Bengkel ini segera dizahirkan sebagai batu aras UMNO Bahagian Sik untuk melihat Ketua-Ketua Cawangan dan sayap-sayapnya peka dengan apa yang dimahukan oleh rakyat dan ahlinya sesuai dengan slogan JUARA RAKYAT disamping meneruskan agenda 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN seperti yang digariskan oloeh YAB Presiden Parti, Dato' Seri najib Tun Abdul Razak.

Bengkel selama dua hari ini telah dihadiri oleh seramai 184 orang ahli yang terdiri dari pemipin-pemimpin akar umbi dari seluruh cawangan-cawangan dalam UMNO Bahagian Sik. Bengkel ini diuruselia oleh Biro Latihan UMNO Bahagian Sik yang di pengerusikan oleh Encik Mohd Asri Mohd Hadzir dengan memuaskan. Walaupun terdapat sedikt kekurangan, namun kejayaan yang dicapai tidak boleh dinafikan. Ilmu yang dihidangkan sepanjang bengkel diharap dapat dicerap dengan sebaik mungkin oleh ahli-ahli yang hadir untuk dibawa pulang kecawangan dan kampung masing-masing agar dapat dipraktikkan bertepatan dengan hasrat Ketua Bahagian UMNO Sik sendiri.

Bengkel selama dua hari ini juga begitu istimewa apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sudi untuk merasmikannya pada malam pertama bengkel iaitu pada 22hb Januari 2010. Serentak dengan itu juga, beliau telah sudi untuk merasmikan dua blog dengan serentak, iaitu blog Ketua Bahagian UMNO Sik yang telah mencecah 2,484 semenjak dilancarkan pada 20/10/2009 yang lalu, bermakna blog yang baru berusia tiga bulan ini telah menerima kunjungan yang menggalakkan termasuklah anak-anak Sik yang berada di luar negara. Di atas sambutan itu, maka Ketua Bahagian Sik telah mengambil inisiatif untuk melancarkan blog yang kedua iaitu blog UMNO Bahagian Sik pada 20/01/2010, tepat tiga bulan selepas pelancaran blog beliau bagi tujuan mengisi aktiviti-aktiviti kesemua biro-biro yang ada dengan tujuan untuk mewar-warkan setiap kegiatan UMNO Bahagian Sik kepada rakyat Sik khasnya dan seluruh Malaysia khasnya begitu juga dengan seluruh dunia selagi internet boleh diakses! Beliau berharap agar keujudan blog beliau dan blog rasmi UMNO Bahagian Sik segera diwar-warkan oleh ahli-ahli yang yang hadir kepada lain-lain ahli.

HARI PERTAMA































No Response to "Bengkel Kepimpinan UMNO Bahagian Sik"

Leave A Reply