AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Thursday, January 21, 2010

Hutan Lipur Lata Mengkuang

Posted on 2:36 PM by UMNO BAHAGIAN SIK


Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarpa Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Sebatang sungai yang dinamakan Sungai Chepir yang merentasi hutan lipur ini mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda. Berhampiran kawasan ini, terdapat air terjun setinggi 20 meter yang sangat menarik serta terdapat juga batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Terdapat denai hutan yang menghubungkan ke Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.




Lokasi: Sik, Kedah


Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835

Terletak 11 dari Bandar Sik, 95 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya
Untuk sampai ke sini:
Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Sik.
Aktiviti/Kemudahan:
  • Bersiar
  • Berenang
  • Berkemah
  • Mendaki gunung
  • Berkhemah

No Response to "Hutan Lipur Lata Mengkuang"

Leave A Reply