AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Wednesday, February 3, 2010

Muhyiddin rasmi Juara Rakyat Kedah

Posted on 3:01 PM by Detguaq

 

ALOR SETAR 1 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Negeri Kedah yang dijangka dihadiri 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang pada 6 Februari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad memberitahu, program selama dua hari yang bermula sehari sebelum itu merangkumi pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat, acara melibatkan wanita serta pertandingan marhaban dan berendoi.
''Sebanyak 30 gerai meliputi jualan barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan juga akan diadakan bagi memeriahkan program berkenaan di Kedah yang merupakan negeri pertama dipilih untuk menganjurkannya," kata beliau pada sidang media mengenai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Kedah.

Muhyiddin Lancar Program Juara Rakyat Kedah Sabtu Ini.

ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah Sabtu ini, mempunyai jadual padat dalam lawatan sehari di negeri ini.

Sejurus tiba pada pagi itu Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Kedah serta keempat-empat sayap Umno Bahagian Jerlun di Wisma Umno Jerlun.

Selepas itu, Muhyiddin akan merasmikan program Juara Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang (SMKS), Air Hitam, 25 kilometer dari sini.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad berkata Program Juara Rakyat yang bermula pada Jumaat akan dipenuhi dengan acara seperti sukan rakyat, pertandingan aspek wanita, marhaban dan berendoi manakala forum perdana berlangsung pada sebelah malam di tempat sama.

Sejumlah 30 gerai menjual barangan usahawan bumiputera dan pameran agensi kerajaan turut didirikan sepanjang program dua hari itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dijadual mengadakan perjumpaan dengan pendidik seluruh daerah Kubang Pasu di SMKS pada sebelah petang dan kemudiannya menemui masyarakat Cina dan Siam di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kodiang, sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

-- BERNAMA

No Response to "Muhyiddin rasmi Juara Rakyat Kedah"

Leave A Reply