AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Saturday, August 7, 2010

CHAROK TENANG BAKAL MENDAPAT KETENANGAN SEBENAR

Posted on 9:27 AM by detguaq3


Selepas balik dari program Projek Agropolitan bersama KEDA di Belantek, yang telah di rasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Dato' Abdul Jabar Che Nai, saya beranglat balik ke Pekan Sik untuk kerana hari sudah lewat petang.  Ketika sampai ke Charok Tenang, saya teringat kepada satu strukutur yang begitu unik tetapi merbahaya dengan keadaannya yang sudah tidak releven dengan zaman.


Struktur yang saya maksudkan ialah sebuah lintasan yang begitu sempit sehinggakan hanya dapat di lepasi oleh sebuah kenderaan walaupun ia hanya sebuah kereta Perodua Kancil.  Tentu kita boleh bayangkan bagaimana keadaan kita memandu jika kita memulakan perjalanan dari Pekan Sik menuju ke Belantek dan seterusnya ke Kota Aur atau terus ke Padang Terap. Keadaan jalan yang agak sempit selepas simpang ke Rimba Taqwa hingga ke kawasan Batu Seketul akan menjadi selesa sepanjang Tasek Beris tetapi tiba-tiba kembali pemanduan kita ke zaman 60an ketika tiba ke kawasan Charok Tenang sehinggalah ke Pekan Gulau sebelum belok ke lebuhraya Durian Burong- Baling yang masih lagi terbengkalai di kawasan Lanai menuju Baling walaupun ada sedikit kemajuan di kawasan Kota Aur dan Gubir menuju Durian Burong, tetapi menjadi teruk selepas Kem Gubir di sebabkan progres kerja terlalu lembab dan terhenti terus dari Lanai ke Baling.  Saya harap kontraktor yang bertanggungjawab dapat mempercepatkan kerja mereka kerana rakyat Sik sudah lama mengharapkan satu rangkaian jalan yang selesa sebagai pemangkin kemajuan di Sik khasnya dan daerah-daerah yang bersempadan dengannya amnya.



Saya singgah agak lama di struktur atau lintasan yang akan menjadi bahan sejarah ini untuk meninjau sendiri pergerakan kenderaan sepanjang saya berada lebih kurang 30 minit di sini.  Berkebetulan, sebaik saya memberhentikan kenderaan saya, ketika menghampiri lintasan berkenaan, sebuah bas MARA tiba dari Gulau dan kenderaan dari Sik yang agak laju menuruni cerun di hadapan terpaksa membrek kereta dengan mengejut bagi mebenarkan bas dari Gualu melalui lintasan tersebut.  tentunya amat merbahaya bagi pemandu yang tidak biasa dan mahir dengan bengkang-bengkok jalan berkenaan apatah lagi bila berhadapan dengan cabaran oleh lintasan berkenaan.  Bukan sedikit motorsikal yang terjatuh akibat membrek secara mengejut, tidak sedikit pula kereta-kereta yang terhumban kedalam alur yang dalam di sisi cerunnya yang rendah, malah entah kali yang keberapa ratus kenderaan-kenderaan berat mencium dasar cerun terutama pada waktu malam.




Namun saya di maklumkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya bahawa struktur berbentuk lintasan itu sudah di masukkan ke dalam RMK ke 10 untuk tujuan kajian dan pembesarannya termasuklah saiz jalan dari Sik ke Gulau akan juga di perlebarkan untuk keseragaman dan keselesaan.  Saya berdoa kepada Allah agar projek ini juga mendapat perhatian segera dari pihak tertinggi Kerajaan Persekutuan yang di tadbir oleh Barisan Nasional dan di terajui oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri najib Tun Abdul Razak.



No Response to "CHAROK TENANG BAKAL MENDAPAT KETENANGAN SEBENAR"

Leave A Reply