AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Monday, August 16, 2010

Mesyuarat Bawah Pokok Cenerai

Posted on 12:59 AM by Detguaq2

Siapa kata mesyuarat perlukan tempat yang selesa dan berhawa dingin?  Kalau demi dan untuk rakyat yang memerlukan jawapan dan tindakan segera, di bawah pokok ceneraipun boleh di buat keputusan segera kerana bagi kes kecemasan seperti yang berlaku di Sungai Semeliang dan beberapa kampung lagi, tidak sempat untuk menyusun agenda lagi, kerana keputusan yang pantas boleh melegakan kesengsaraan yang sedang rakyat hadapi.

Jabatan Kesihatan daerah Sik adalah Jabatan Kerajaan Persekutuan yang pertama yang saya temui di tapak kejadian untuk mengalpasti ruanglingkup yang mereka di pertanggungjawabkan bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang biasa berlaku dalam mana-mana bencana seperti banjir.  Alhamdulillah satu kata putus di capai dengan mereka terutamanya mengenai tandas yang rosk dan perlu di ganti bagi menjamin kebersihan dan kesihatan rakyat terbela.  Dan mereka juga akan membantu dari segi mengorek telaga kepada keluarga yang memilih untuk menggunakan air telaga.

Kemudiannya saya berurusan pula dengan pihak Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA) bagi membincangkan penyelesaian jangka pendek dan rumusan jangkapanjang juga bagi keselesaan rakyat yang terbabit dengan bencana ini.  Alhamdulillah saya mendapat kerjasama yang baik dengan CEO SADA dan juga eksekutifnya yang turut turun berbincang(mesyuarat) dengan saya.  Mereka berjanji yang bekalan air secara mobil akan di hantar dengan segera di mana untuk Kampung KEDA Bendang Man, penghantaran air bersih dari pintu ke pintu akan di laksanakan pada petang  itu juga, manakala untuk kampung Bendang man, air akan di agihkan secara berpusat iaitu penduduk Kampung Bendang Man boleh mendapatkan air bersih yang di bekalkan secara tangki setempat di surau mereka. Manakala untuk Kampung Charok Sireh, dua lokasi di sediakan untuk penduduk-penduduk di situ pergi mendapatkan bekalan air bersih, iaitu di hadapan kedai runcit Pak Kob dan di simpang Serendah SeKebun Bunga.  Ka[ung-kampung yang terbabit ialah Kampung Bendang Man, Kampung KEDA Bendang Man, Kampung Charok Sireh, Kampung Padang Keras dan kampung Chepir Tua.

Manakala pihak Bulan Sabit telah menyatakan kesanggupan untuk bersama-sama dengan penduduk kampung menggembeling tenaga secara gotong royong bagi membaiki kerosakan atau kerja-kerja pindah memindah barang-barang dan keperluan penduduk.  Pihak Jabatan Belia dan Sukan juga memberi komitmen yang sama.



Pihak JPS pula telah memberi kata putus untuk meneliti kaedah terbaik untuk membaiki tebing sungai yang rodsk akibat di hentam oleh arus deras dan tongkolan batu-batan.  Ia termasuk kerja-kerja membesar dan meluruskan tebing bagi melancarkan aliran di kawasan yang perlu.




Semua JKKKP setiap kampung-kampung yang terlibat dengan bencana turut hadir untuk mendengar taklimat dan mendapatkan maklumat secara terus dari saya dan agensi yang terlibat.


Saya cukup terharu bila Tuan Pegawai Daerah Sik juga turut serta dalam sessi mesyuarat do bawah pokok cenerai ini.  Dengan adanya beliau dalam pertemuan ini, maka banyak perkara berbangkit yang berkaitan dengan tanggungjawab pihak Pejabat Daerah Sik dapat segera di capai dan di selesaikan.


Kehadiran Dato' Paduka Othman Abdul memang agak mengejutkan saya, keran kehadirannya betul-betul tidak di rancang, namun kehadiran beliau ternyata berjaya menyuntik semangat kami untuk mencari keputusan terbaik secara kolektif demi rakyat yang menjadi mangsa bencana ini.

Sebagai orang yang berpengalaman, banyak idea dapat saya 
kutip secara spontan dari beliau.
Walaupun mesyuarat ini di adakan dalam suasana cukup santai
tetapi keputusan dari mesyuarat ini adalah sesuatu yang konstruktif
pada saya.


InsyAllah, sinar terang sudah dapat di lihat di hujung terowong yang berbalam........

No Response to "Mesyuarat Bawah Pokok Cenerai"

Leave A Reply