ALOR SETAR 20 Feb. - Seramai 317,000 pengundi muda di negeri ini yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 masih belum mendaftar sebagai pengundi.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO akan terus turun padang bagi mengesan pengundi-pengundi muda itu.
"UMNO Kedah serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bergerak dari rumah ke rumah untuk mencari pengundi yang masih belum berdaftar.
"Program initelah dijalankan sejak awal Januari lalu dan akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian pada program pendaftaran pemilih di Taman Wira Mergong di sini hari ini.
Menurutnya, melalui program itu, bilangan ahli baru yang menyertai UMNO turut bertambah.
"Kita tidak meletakkan sasaran banyak mana yang akan sertai UMNO.
"Namun, kita mahu mereka yang layak dapat mengundi dan melalui program ini, UMNO juga akan terus dekat di hati rakyat," ujarnya.
Katanya, tindakan UMNO mengunjungi rumah ke rumah membolehkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat didengar oleh pemimpin.
"Program ini bukan hanya dijalankan di kawasan Parlimen Alor Setar namun kita buat di seluruh negeri ini.
"Dalam seminggu, kita akan buat program pendaftaran pemilih sebanyak tiga kali dan sehingga kini bilangan pengundi serta ahli UMNO juga telah meningkat," jelasnya.
No Response to "UMNO Kedah sasar 317,000 pengundi muda"
Leave A Reply