AJK UMNO BAHAGIAN SIK

Thursday, April 8, 2010

Menteri Kewangan Kedua Ambil Anak Angkat

Posted on 3:52 PM by Detguaq


Menteri Kewangan Kedua Ambil Anak Angkat Cina
TERIMA KASIH...Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( kanan) diberikan air minuman oleh anak angkatnya, Leong Han Ni, 9, dalam satu majlis di Kampung Baru, Temoh dekat Tapah, 4 April lalu. Leong seorang pelajar pintar, ditinggalkan kedua ibu bapanya yang berpisah ketika masih kecil kini dipelihara datuknya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana tidak mempunyai tangan kiri. Turut hadir datuknya, Leong Meow Yong, 79, (kiri). -Foto BERNAMA
TAPAH: "Saya sangat seronok... saya bercita-cita menjadi seorang polis," begitulah luahan ringkas seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang menjadi anak angkat Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Leong Han Ni yang merupakan pelajar cemerlang SJK (C) Temoh di sini kelihatan sangat gembira walau pun masih malu dan kekok semasa ditemui pada majlis mengambil anak angkat yang berlangsung di rumah datuknya di Kampung Baru Temoh di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata Leong adalah anak angkatnya yang pertama dan beliau terpanggil untuk membantu kanak-kanak itu ketika ditemui datuknya yang memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam satu program awal tahun ini.
Leong ditinggalkan kedua ibu bapanya yang berpisah ketika masih kecil kini dipelihara datuknya, Leong Meow Yong, 79, yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana tidak mempunyai tangan kiri.
KASIH SAYANG...Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (tengah) menyampaikan bantuan kepada anak angkatnya, Leong Han Ni, 9, sambil diperhatikan datuk kanak-kanak itu, Leong Meow Yong (dua, kanan) dalam satu majlis. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon (kiri) dan ADUN Air Kuning Datuk Shamsuddin Abu Hassan (dua, kiri).
Ahmad Husni berkata beliau mengambil Leong sebagai anak angkat bagi memastikan kanak-kanak itu dapat meneruskan pelajaran sehingga peringkat tertinggi memandangkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan masa kini.
"Saya akan memastikan anak saya ini berjaya ke peringkat tertinggi dan mencapai cita-citanya menjadi seorang pegawai polis. Anak cemerlang ini akan menghadapi kesukaran untuk mencapai cita-citanya sekiranya tiada sokongan dan bantuan dari awal.
"Saya akan memastikan Leong berjaya dan menyara serta menjaganya seperti anak kandung... yang lebih membanggakan adalah keterbukaan keluarganya menerima saya untuk menjaga Leong," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Chenderiang Datuk Dr Mah Hang Soon dan Adun Ayer Kuning Datuk Samsudin Abu Hassan. - BERNAMA

No Response to "Menteri Kewangan Kedua Ambil Anak Angkat"

Leave A Reply